Sukan Hari Ini

‘Atlet Jangan Ambil Mudah’

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara diingatkan jangan terlalu bergantung nasib untuk mendapat undian mudah pada Kejohanan Badminton Dunia dan temasya Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur (KL2017).
Sebaliknya, Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria mengingatkan atlet agar sentiasa mempunyai semangat juang yang tinggi sehingga tamat permainan mereka.
Katanya, skuad negara mampu meraih kejuaraan dunia dan juga menggondol lebih daripada dua emas disasarkan dalam acara badminton jika masing-masing kekal dengan semangat dan tidak mudah menyerah kalah.
“Ingin saya ingatkan kita tidak boleh sekadar bergantung nasib kepada undian mudah semata-mata, sebaliknya perlu mempunyai semangat juang luar biasa. Selagi belum sampai 21 mata, jangan sesekali kita mengalah.
“Saya percaya kita akan ada dua atau tiga juara dunia di Glasgow (pada Kejohanan Badminton Dunia) dan akan bawa balik lebih daripada dua pingat emas di Sukan SEA,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan pertama BAM di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara, semalam, kepada Harian Metro.
Dalam perkembangan lain, Mohamad Norza berkata di Kejohanan Dunia pada 21 hingga 27 Ogos nanti, jaguh perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei sudah pasti mahu menjadi juara namun peluang pemain lain juga tidak boleh dinafikan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");