Membawang Hari Ini

Bakat Kiki ‘Berjiwa Malaysia’ Berjaya Pikat Disney

KIKI Poh tidak menyangka menjadi anak Malaysia pertama bekerja dengan syarikat animasi gergasi dunia, Disney Pixar yang berpangkalan di San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Kiki, 40, yang bertugas sebagai ‘shading artist’ mula menyertai syarikat itu sebagai pelatih pada 2010 terbabit dalam beberapa filem animasi popular seperti Finding Dory, Toy Story 3 dan Monsters University.

Menurut Harian Metro, wanita berasal dari Johor Bahru ini turut menyumbangkan tenaganya dalam filem terbaru terbitan Disney Pixar iaitu Cars 3 yang akan ditayangkan mulai 24 Ogos ini.

“Bekerja dengan Disney Pixar adalah satu mimpi jadi kenyataan. Tidak sangka saya bertuah menjadi anak Malaysia pertama bekerja di sana.

“Sejak mula bekerja pada 2010, ia memberi pengalaman yang sangat menyeronokkan. Kakitangannya terdiri daripada pelbagai rakyat negara lain dari seluruh dunia dan kami semua baik di antara satu sama lain,” katanya yang kini berada di Malaysia untuk mempromosikan filem Cars 3.

Kiki yang juga graduan Savannah College of Art & Design (SCAD) di Atlanta, AS ini mengakui, ketika memulakan kerjaya di Disney Pixar, dia berdepan cabaran tersendiri.

“Selain tidak boleh berbahasa Inggeris dengan baik, saya juga mendapati budaya kerja di sana sangat mencabar. Bagaimanapun, saya cekalkan diri untuk mengadaptasi dengan corak kerja mereka sebaik-baiknya,” katanya kepada Harian Metro.

Kiki berkata, dia diambil bekerja di syarikat animasi terkenal itu selepas mereka kagum dengan hasil kerjanya ketika belajar di SCAD.

Terbaru, Kiki turut terbabit dalam sebuah lagi filem popular Disney Pixar iaitu The Incredibles 2 yang akan ditayangkan tahun depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");