Isu Panas

Balasan Siti Kasim Untuk Jawab ‘Hasrat’ Rani Kulup

SEMAKIN panas kontroversi aktivis masyarakat, Rani Kulup ni nampaknya! Siapa je tak kenal dengan pemegang trademark ‘Kipidap’ ni?

Baru-baru ini kecoh apabila Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah ini mengeluarkan kenyataan ingin menyunting dua orang wanita yang tidak asing lagi di Malaysia, Siti Kasim dan Datuk Seri Vida.

Keadaan itu menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen apabila Rani mengatakan peguam itu tidak memberi sebarang jawapan berkenaan hasratnya itu.

Kini, Siti Kasim atau nama sebenarnya Siti Zabedah Kasim tampil menjawab segala persoalan yang menjadi mainan itu dalam satu temu bual bersama sebuah media tempatan.

Dalam temu bual tersebut, dia menyatakan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rani atau lebih mesra dengan sapaan Ayah yang mahu menyunting dirinya hanyalah sekadar gurauan.

Tambahnya lagi, dia tidak mengambil serius berkenaan kenyataan tersebut.

I don’t feel anything. I think he’s joking. Really..I think dia bergurau sahaja. Why people want to make a story out of nothing? He was just, suka suka gurau sahaja,” ujar peguam tersebut.

Dia seterusnya menegaskan Ayah hanya bergurau dan menyifatkan pihak media serta netizen sengaja menjadikan topik ini sebagai bahan sensasi.

Walau bagaimanapun, Siti Kasim mengakui amat menyukai cara pemakaian unik si Rani ini.

Baginya, busana yang dipakai seperti orang Melayu sebenar itu adalah lebih baik berbanding jubah sebagaimana yang menjadi trend masa kini.

“I really likes his outfit. Honestly, kita kena hidupkan semula pakaian Melayu kita macam tu dengan setanjak instead of pakai jubah-jubah bodoh tu kan,” selorohnya dengan nada ketawa.

Hmmm… Siti Kasim dah balas jawapan Ayah. Ayah bagaimana pula? Adakah bakal keluar statement juga? Sama-sama kita nantikan. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");