Berita Hari Ini

Banjir Melaka: 512 Orang Masih Di Pusat Pemindahan

MELAKA: Seramai 512 mangsa banjir membabitkan 129 keluarga di negeri ini masih ditempatkan di sembilan pusat pemindahan di daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.
Ketua Sekretariat Jabatan Pengurusan Banjir Negeri (JPBN) Melaka, Leftenan Kolonel (PA) Effendy Ali, berkata jumlah itu berkurang sedikit berbanding 534 orang yang direkodkan sehingga jam 11 malam tadi.
“Setakat jam 8 pagi ini, sejumlah 246 mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Munsyi Abdullah; Balai Raya Peringgit (27), Mini Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Paya Ikan (20) dan Sekolah Agama Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Tanjung Minyak (20).
“Projek Perumahan Rakyat Krubong (71), Balai Raya Pengkalan Batu (27); Sekolah Kebangsaan (SK) Tehel (71); Surau Solok Bukit Baru (13) dan Balai Raya Kampung Seri Jeram (17),” katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi.
Hujan lebat berterusan selama lebih empat jam bermula jam 2 pagi semalam menyebabkan ratusan penduduk dipindahkan ke pusat pemindahan kerana banjir kilat.
Paras air di beberapa sungai utama, termasuk Sungai Melaka meningkat mendadak sejak jam 4 pagi semalam dan beberapa kawasan rendah di negeri ini ditenggelami air.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");