Jenayah

Bas Ekspres Terbakar, Penumpang Nyaris Maut

JOHOR BAHRU: Seorang pemandu dan 10 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila tayar belakang kenderaan itu terbakar di KM121.4 Lebuhraya Utara Selatan menghala ke Johor Bahru dekat sini, tengah hari Ahad.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Abdul Wahib Musa berkata dalam kejadian 1.45 tengah hari itu, kesemua penumpang dan pemandu tidak cedera kerana sempat menyelamatkan diri.

“Susulan kejadian itu, kesemua penumpang dipindahkan ke bas lain dan selamat tiba di destinasi mereka petang tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Siasatan kejadian masih dijalankan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");