Membawang Hari Ini

Beckham Teruja Berjaya Siapkan Istana Lego Harper Selepas 6 Hari

Bagi yang sering mengikuti perkembangan keluarga David Beckham pasti biasa melihat beliau berkongsi foto-foto saat meluangkan masa bersama anak-anaknya.

Selain mampu menjadi suami yang baik untuk Victoria, bekas bintang bola sepak dunia ini juga dilihat berjaya memainkan peranan yang baik sebagai seorang bapa.

Berdasarkan status-status di laman sosial miliknya, Beckham rajin melayan keempat-empat orang anaknya, Brooklyn, Romeo, Cruz dan puteri kesayangnya Harper.

Terbaru, David Beckham sekali lagi membuktikan beliau adalah bapa terbaik apabila berjaya membina istana Lego Harper selepas bertungkus lumus selama enam hari. Personaliti berusia 42 tahun itu mula membina sebuah istana Disney daripada lebih 4,000 bata plastik.

..

David sempat berkongsi gambar di Instagram dengan kapsyen,

“Page 1 of the Disney castle , 4000 pieces 490 pages of instructions I look confused but I’m so excited” (“Halaman 1 dari istana Disney, 4000 keping 490 muka surat arahan, saya kelihatan keliru tetapi saya sangat teruja)

Sebelum ini Beckham pernah mendedahkan bahawa dia suka bermain Lego di waktu lapang. Padanya, Lego dapat membantu menenangkan diri.

“Saya rasa Lego kadang-kadang membantu menenangkan saya,” kata.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");