Sukan Hari Ini

Bola Jaring: Malaysia Sebelah Kaki Ke Final

KUALA LUMPUR – Skuad bola jaring Malaysia mendapat laluan mudah ke pentas final apabila menentang Brunei pada separuh akhir esok dalam misi merampas semula pingat emas acara itu daripada Singapura, dua tahun lepas.

Anak didik Tracey Robinson itu, ytang mengekalkan rekod tanpa kalah, diletakkan sebagai pasukan pilihan berdasar sinergi yang ditunjukkan pasukan negara selepas mengutip lapan mata daripada empat kemenangan.

Dalam perlawanan pelengkap jadual pusingan awal hari ini, Malaysia menewaskan Filipina 96-11.

Sebelum ini, skuad negara menewaskan juara bertahan Singapura dengan 50-37,  Brunei (64-27) dan Thailand (73-30).

Perlawanan separuh akhir esok juga akan menyaksikan pertemuan antara Singapura, yang menduduki ranking kedua, dengan Thailand yang menduduki tangga ketiga.

Pada perlawanan akhir sepusingan itu hari ini, Singapura mengalahkan Thailand 59-41. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");