Sukan Hari Ini

Britos Kecewakan Hari Liverpool

JARINGAN pertahanan Watford, Miguel Britos, di penghujung perlawanan memaksa Liverpool berkongsi mata selepas seri 3-3 di Vicarage Road dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.

Skuad kendalian Jurgen Klopp menerima tamparan hebat apabila tonggak utama The Reds, Phillippe Coutinho, menyuarakan hasratnya untuk meninggalkan pasukan sebelum jendela perpindahan ditutup pada 31 Ogos ini.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan seawal minit kelapan perlawanan selepas Stefano Okaka menanduk masuk hantaran Jose Holebas menerusi sepakan sudut.

Liverpool bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-29 selepas Emre Can melakukan flik mencari Sadio Mane untuk meledakkan gol pertamanya musim ini, lapor Stadium Astro.

Selepas tiga minit, Watford kembali di hadapan selepas pertahanan Liverpool gagal mengeluarkan bola daripada kotak penalti bagi membenarkan Abdoulaye Doucoure meledak gol kedua mereka.

Anak buah Klopp seakan mempamerkan kebangkitan selepas permainan bersambung, dengan dua gol pantas berjaya dijaringkan pada minit ke-55 menerusi sepakan penalti yang disempurnakan oleh Roberto Firmino sebelum pemain baru mereka, Mohamed Salah, menjaringkan gol ketiga Liverpool.

Liverpool meneruskan momentum mereka dengan menghasilkan beberapa peluang, namun gagal disempurnakan.

Kesilapan ketika bertahan sekali lagi mengecewakan Liverpool apabil gagal mengeluarkan rembatan Richarlison sebelum Britos menjadikan kedudukan 3-3 sehingga tamat perlawanan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");