Perak Hari Ini

Buang Sampah Haram: MBI Ambil Tindakan Pantas

IPOH:Setelah rungutan mengenai timbunan sampah haram sekitar Jalan Meru Bistari A11 Meru Raya di sini dilaporkan pihak peraktoday semalam, nampaknya ia menerima tindakan positif dari pihak berkuasa tempatan (PBT).

Difahamkan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah melakukan proses pembersihan dikawasan yang terbabit dan longgokan sampah haram itu dihapuskan pagi tadi.

Namun, diharapkan tindakan pihak PBT ini tidak seharusnya diibaratkan ‘bagai mencurah garam ke laut’ apabila akan ada individu atau pihak tidak bertanggungjawab kembali membuang sampah di lokasi yang sama berulang kali.

Tindakan pembersihan tidak akan berguna sekiranya masih terdapat segelintir pihak yang terus menjadikan kawasan tanah milik persendirian di sini sebagai tempat pembuangan sampah sewenang-wenangnya.

Pihak PBT sendiri disaran supaya memperbanyakkan tapak tong sampah besar di lokasi yang bersesuaian bagi memudahkan orang awam menggunakannya.

Menerusi komen-komen netizen, sebahagian mereka menyalahkan tindakan inidvidu dan meminta agar pihak penguatkuasa supaya lebih tegas.

“Pihak MBI patut sediakan tong sampah besar dibeberapa tempat di kawasan Meru Raya bagi mengurangkan masalah pembuangan sampah merata-rata,” kata salah seorang orang awam dikenali sebagai Ieja Izza.

“Sikap individu ! Walaupun kemudahan asas macam tong sampah tak ada,mengapa buang merata rata tempat?

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");