Perak Hari Ini

Dewan Bersidang Ikut Peruntukan Undang-Undang -Speaker

IPOH: Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak S Thangeswary menegaskan bahawa persidangan Dun yang berlangsung dalam tempoh yang singkat sebagai satu perkara lazim dan ia mengikut sistem yang ditetapkan sekian lama.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan tindakan menjalankan sidang dun dalam tempoh yang singkat sebagai sesuatu yang tidak wajar.

“Ia adalah satu perkara yang lazimnya berlaku dan tidak diwujudkan oleh mana-mana pihak, mengikut sistem yang ditetapkan sekian lama.

“Persidangan Dewan Negeri berlangsung selama sehari, merujuk kepada perkara XXXVI (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Duli Yang Maha Mulia hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh 6 bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam yang di hadapan,” katanya dalam satu sidang media di Bangunan Darul Ridzuan di sini hari ini

Katanya lagi merujuk Perintah Tetap perkara 10(2) menyatakan bahawa “Mesyuarat Dewan hendaklah diadakan sekurang-kurangnya tiap-tiap 6 bulan tidak melewati di antara persidangan akhir di dalam satu penggal dan persidangan pertama di dalam penggal yang berikutnya.

“Menerusi perintah Tetap 11 pula, Mesyuarat-mesyuarat Dewan Negeri dalam tiap-tiap penggal hendaklah diadakan pada hari-hari tertentu dan bermula dar waktu sebagaimana ditetapkan oleh Yang Dipertua.

Katanya, berdasarkan rekod persidangan terdahulu Dewan Negeri pernah bersidang selama satu hari iaitu pada 15 Ogos 2011 sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Keempat Dewan Negeri Yang Kedua belas; 25 September 2012 sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kelima Dewan Negeri Yang kedua belas; 26 Ogos 2014, sempena Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua Dewan Negeri Yang ketiga Belas dan 9 Ogos 2016 sempena Mesyuarat Kedua,Penggal Keempat Dewan Negeri Yang ketiga Belas.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkaitan soalan lisan yang mana menerusi perintah Tetap atau mana-mana peraturan tidak dinyatakan bahawa soalan lisan yang dibentangkan perlu dijawab kesemuanya dalam dewan sebaliknya soalan lisan yang tidak sempat dijawab dalam dewan akan dijawab secara bertulis pada keesokan harinya.

“Ini berdasarkan ketetapan yang telah diputuskan bahawa soalan lisan yang tidak sempat dijawab dalam dewan akan dijawab secara bertulis keesokan harinya,” katanya.

Tambahnya lagi, persidangan dewan pada 8 Ogos yang lalu adalah mengikut undang-undang yang ditetapkan seperti kebiasaan dan tidak mengubah undang-undang sesuka hati.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");