Isu Panas

Dilanda Badai Lagi: PKR Kelantan Berpecah Dua?

KOTA BHARU: PKR Kelantan dikatakan berpecah kepada dua kumpulan apabila pemimpin tertingginya dilihat lebih cenderung mahu kembali bekerjasama dengan PAS, menyebabkan parti itu berdepan dengan krisis.

Tindakan pengerusinya, Ab Aziz Ab Kadir yang dikatakan mahu rapat dengan PAS, dipercayai mendapat tentangan daripada beberapa pemimpin parti itu yang lain.

Gambaran kewujudan dua kumpulan lebih kuat apabila Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan malam ini membuat memorandum bagi mendesak ketuanya, Mohd Hafidz Rizal Amran melepaskan jawatan.

Menurut sumber, desakan terbabit dibuat apabila Ketua AMK Kelantan itu dilihat menjadi antara pimpinan negeri yang menyokong kuat hasrat Ab Aziz.

“Hafidz lebih cenderung mahu mengekalkan lantikan politik negeri sebagai jawatan Penyelia Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Balah, sedangkan majoriti jawatankuasa AMK enggan meneruskan kerjasama dengan PAS di Kelantan,” kata sumber itu.

Bagaimanapun, Naib Ketua AMK Kelantan, Mohd Khairul Amin Abdul Rahman dalam sidang media sebentar tadi selepas menyerahkan memorandum kepada wakil AMK Pusat enggan mendedahkan punca sebenar Mohd Hafidz Rizal hilang sokongan majoriti jawatankuasa AMK negeri.

Malah beliau turut menegaskan AMK Kelantan menyokong kepimpinan Ab Aziz selaku Pengerusi PKR negeri ini.

“Desakan ini dibuat kerana beliau telah hilang sokongan majoriti kami yang mewakili Ketua AMK Cabang di Kelantan.

“Dalam mesyuarat malam ini, kami juga mendesak Ketua AMK Pusat, Nik Nazmi Nik Ahmad supaya melantik seorang Ketua AMK Kelantan yang baharu,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");