Jenayah

Dipenjara Curi RM20 Tabung Masjid Untuk Beli Makanan

TAK tahulah mahu rasa simpati atau tidak bila ada kes yang seperti ini berlaku dekat negara kita…

Seorang lelaki berusia 47 tahun dijatuhkan hukuman penjara selama dua minggu atas kesalahan mencuri duit tabung masjid sebanyak RM20.

Othman Ahmad, mengaku bahawa dia telah melakukan kesalahan tersebut pada jam 10 pagi di Masjid al-Khairiah, Ayer Molek, Melaka pada 20 Julai lalu.

Tertuduh dikatakan terpaksa mencuri wang di masjid untuk membeli makanan kerana sudah beberapa hari tidak makan.

Peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Noorhabibah Mohamed Noor telah memohon supaya hukuman yang bakal diterima oleh tertuduh dapat dikurangkan kerana dia pada ketika itu terdesak untuk membeli makanan.

“Tertuduh membuat kerja-kerja kampung sebelum ini tetapi difahamkan dia tidak dibayar upah selain sering ditipu,” kata Habibah, memetik laporan akhbar.

Jika disabitkan kesalahan, Othman boleh dipenjara maksimum 10 tahun atau denda.

Majistret Mohd Firdaus telah mengarahkan hukuman itu bermula pada tarikh tangkapan pada 27 Julai lalu. – MYNEWSHUB.CC

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");