Berita Hari Ini

Duterte Gelar Kim Jong Un Sebagai Bodoh

MANILA – Presiden Filipina Rodrigo Duterte semalam menyifatkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un sebagai ‘bodoh,’ beberapa hari sebelum Manila menjadi tuan rumah mesyuarat antarabangsa untuk membincangkan ujian peluru berpandu rentas benua Pyongyang.

Duterte tidak teragak-agak ketika mengecam Kim yang dikatakannya ‘bermain dengan permainan berbahaya.’

Korea Utara bersungguh-sungguh mahu membangunkan peluru berpandu yang boleh dilengkapi peledak nuklear dan mampu menjejaki Amerika Syarikat.

“Kim Jong Un ini memang bodoh… dia bermain dengan permainan yang berbahaya. Itu memang bodoh. Dia nampak baik. Tetapi dia bodoh. Jika dia melakukan satu kesilapan, rantau Timur Jauh ini akan musnah. Saya tidak tahu apa akan terjadi dengan kita,” kata Duterte ketika berucap di satu majlis.

Duterte ialah pengerusi ASEAN tahun ini dan Isnin depan menteri luarnya akan menjadi tuan rumah Forum Serantau Asean yang akan dihadiri oleh wakil dari 27 negara, termasuk Australia, China, India, Jepun, Russia, Korea Selatan, Korea Utara dan Amerika Syarikat.

Ini bukan kali pertama Duterte mengecam Kim berkait dengan cita-cita nuklearnya. April lalu, dia mempersoalkan kewarasan Kim dan menggesa Amerika Syarikat bersabar dan tidak terperangkap dengan pemimpin Korea Utara itu yang disifatkannya sebagai ‘lelaki yang mahu menghancurkan dunia.’ – Reuters/myMetro Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");