Membawang Hari Ini

Elizabeth Tan Enggan Kenang Kisah Sedih

SUASANA mendung saat pertemuan Media Hiburan bersama Elizabeth Tan di pejabat Warner Music Malaysia, Petaling Jaya baru-baru ini ibarat memberi signal, bahawa hati pelantun lagu Knock Knock ini sedang melalui satu fasa sukar dalam hidupnya.

Sambil menitip kata bersama linangan air mata, bintang tinggi lampai ini mengakui dia bukan seorang yang mengekspresikan perasaannya di khalayak.

Bagaimanapun, Elizabeth yang mesra disapa Lizzy ini tetap positif, mahu berpaling daripada perkara yang telah berlaku di dalam hidupnya beberapa tahun kebelakangan ini, relaks dan lebih positif.

Depresi atau masalah kemurungan yang dihadapinya pada satu fasa banyak mengajar Lizzy soal perhubungan, kehidupan dan sebagainya. Mujur, keluarga dan teman rapat banyak memberi sokongan moral untuk terus cekal serta matang bergelar anak seni

Lizzy yang bakal menginjak 24 tahun November depan berkata, dia kian matang selepas mengalami beberapa ‘siri hitam’ dalam hidupnya.

Katanya, sebelum ini, dia sukar mencari identiti sendiri termasuk dalam muzik dan penampilan.

“Bukan tak ada orang yang ajar, tapi saya sukar temui imej apa yang sesuai. Saya cuba segala apa yang boleh.

“Selepas melalui few series dalam hidup, rasanya saya grown up a bit. Cara saya pandang kehidupan pun dah berbeza termasuk dalam hidup. Sekarang, saya rasa okay untuk jadi diri sendiri, tampil dengan gaya lebih ringkas dan minimalis,” katanya jujur memetik laporan Sinara Harian.

Bintang kelahiran Kuala Lumpur ini ditemui selepas melancarkan single terbarunya, Darling.

Menyifatkan pembikinan Darling adalah istimewa kerana single keempatnya itu ditulis secara spontan.

Lebih menarik, Lizzy sempat menitipkan lirik dan melodi lagu itu ketika menaiki Uber untuk bertemu penerbitnya.

“Sepatutnya, saya buat lagu lain untuk single keempat. Tapi atas beberapa faktor, tak dapat diteruskan. Mahu tak mahu, kami perlu cari lagu sebagai runut bunyi untuk drama bersiri lakonan saya, My Darling Inspektor Danial.

Jadi saya hubungi penerbit sambil tulis lagu itu dalam Uber,” jelas Lizzy yang menambah, lagu tersebut ditulisnya dalam masa lebih kurang satu jam sahaja.

Katanya, lirik Darling dalam dwi-bahasa, iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Melayu dan watak Maya menjadi Inspirasi Lizzy untuk menulis lagu itu.

Tidak meletakkan sebarang harapan besar untuk Darling menjadi hit, tapi memadai andai peminatnya menyukai lagu tersebut.

“Meletop atau tidak itu lain cerita. Cukup kalau ramai yang sukakannya. Kalau hit, of course it would be great,” harap Lizzy yang turut mengakui, lakonan menjadi ‘cinta pertamanya’ kini berbanding nyanyian.

Ingin Jadi Pelakon Sejak Kecil

Bercakap mengenai lakonannya Lizzy memberitahu, untuk menjadi Maya, seorang perempuan ‘gedik’ dalam My Darling Inspektor Danial, dia banyak membuat rujukan, termasuk melihat gaya lakonan watak Jun Ji-hyun dalam The Legend of the Blue Sea dan belajar daripada pengurusnya.

“Sejujurnya, keutamaan saya kini sudah pun beralih pada lakonan. Bukan bosan menyanyi, tapi saya sebenarnya tidak pernah impi jadi penyanyi. Masa kecil, saya selalu berangan, berlakon depan cermin. Ketika belajar, saya ada beritahu ibu nak belajar teater, tapi ibu menghalang atas faktor kewangan.

Menurut Lizzy, sebelum ini dia hanya memuat naik lagu di YouTube ketika belajar di Texas dalam semester akhir dan tidak menyangka menjadi tular. Kalau tidak jadi penyanyi, saya tak akan dapat berlakon seperti sekarang,” ujar Lizzy panjang lebar.

Sementara itu, penyanyi yang cukup popular menerusi lagu Setia bersama Faizal Tahir ini memberitahu, dia mahu menjadi seorang yang ada karisma dalam nyanyian.

Lizzy juga boleh berbangga kerana Audi Mok memintanya menulis lagu untuk penyanyi lain kerana bakatnya.

Kalau ada masa senggang, saya boleh cuba,” akhiri Lizzy yang baru sahaja mendapat tawaran untuk terlibat dalam sebuah sitkom siaran RTM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");