Jenayah

Empat Lelaki Ditahan Kes Serangan Dalam Kafe Siber

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki disyaki terbabit menyerang seorang pelajar sebuah kolej dalam sebuah kafe siber di Setiawangsa, di sini, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Rusdi Mohd Isa, berkata semua suspek ditahan semalam di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Susulan kes seorang pelajar diserang di Setiawangsa, kita menahan empat orang, berusia antara 20 hingga 24 tahun, tiada sebarang rampasan senjata dilakukan.

“Semua yang ditahan adalah pekerja sebuah restoran makanan arab di Setiawangsa.

“Polis juga masih lagi mengesan beberapa individu lain yang kita percaya turut terbabit dalam kejadian berkenaan,” katanya.

Tambah Rusdi, siasatan kes berkenaan akan diteruskan dengan proses soal siasat semua yang ditahan.

Dalam kejadian sekitar jam 3 pagi, mangsa seorang remaja lelaki berusia 21 tahun didatangi sekumpulan lima suspek ketika sedang menggunakan sebuah komputer.

Mangsa dibelasah dan kemudian ditarik keluar dari kafe siber sambil dipukul dan diacukan dengan sepucuk pistol dipercayai tiruan.

Mangsa turut dicederakan dengan sebilah pedang samurai, selain kepalanya dihentak dengan alat pemadam api.

Kesan daripada serangan berkenaan, mangsa yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima tujuh jahitan di kepala, selain patah jari telunjuk dan lebam pada belakang badan serta muka.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");