Membawang Hari Ini

Filem Tak Laku, Penerbit Mahu SRK Bayar Ganti Rugi

Gara-gara kegagalan filem terbarunya yang berjudul, Jab Harry Met Segal, mencapai kutipan tinggi, justeru sebagai bintang utama, Shah Rukh Khan berkemungkinan terpaksa membayar ganti rugi kepada pelabur filem berkenaan.

Menurut laporan Financial Express, NH Studioz yang mendapat hak pengedaran filem itu untuk pasaran India mahu SRK membayar ganti rugi untuk menampung kerugian mereka.

Filem arahan Imtiaz Ali itu yang menjalani penggambaran di Eropah gagal menyengat di pawagam.

Barangkali ia kekecewaan berganda buat SRK kerana tahun lalu filem lakonannya bersama Kajol iaitu Diwale juga gagal sehingga dia terpaksa membayar 50 peratus ganti rugi kepada pengedar filem itu.

Nampaknya jika keadaan terus terdesak, SRK juga terpaksa melakukan perkara sama untuk NH Studioz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");