Perak Hari Ini

Hanya Kerana Sidang Dun Setengah Hari: Adun Canning Label Zambry Pengecut

Susulan Persidangan Dun yang berlangsung beberapa hari lalu diadakan dalam tempoh yang singkat, Adun Canning Wong Kah Woh telah mengeluarkan kenyataan yang agak keras terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Wong dalam sidang medianya menyatakan bahawa tindakan menjalankan sidang dun dalam tempoh yang singkat dianggap sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Bagaimanapun, Zambry sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa kepimpinan pembangkang  juga pernah menjalankan sidang dun dalam tempoh yang singkat ketika memerintah Perak selama 11 bulan.

Namun apabila kerajaan BN melakukan perkara yang sama, pemimpin-pemimpin pembangkang mula mencetuskan kontroversi dan melemparkan pelbagai tuduhan terhadap kepimpinan negeri.

Tindakan Adun Canning serta beberapa lagi adun pembangkang yang lain ini dilihat sebagai sesuatu yang sengaja dicetuskan semata-mata untuk memberi gambaran negatif kepada rakyat.

Hanya kerana sidang dun yang singkat, Zambry dilabel sebagai pengecut dan kenyataan itu dilihat sebagai sesuatu yang tidak adil.

Apabila pembangkang buat perkara yang sama, mereka mahu dianggap hero namun jika kepimpinan BN yang melakukan sesuatu perkara maka ia dijadikan bahan politik murahan. Dihina dan dituduh dengan pelbagai tomahan.

“Pembangkang seolah-olah lupa di mana mereka juga ada berbuat demikian ketika memerintah dahulu.

“Mereka ini tidak ada isu, dan seolah-olah lupa di mana, semasa mereka memerintah dahulu, mereka juga ada buat sidang DUN dalam tempoh masa yang singkat.”, katanya Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");