Perak Hari Ini

Hentikan Persepsi Negatif Terhadap Sijil Halal Malaysia

IPOH: Masyarakat khususnya netizen digesa agar berhati-hati dan menghentikan sikap suka menularkan perkara yang tidak sahih melibatkan isu halal dalam negara ini.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria berkata tomahan palsu yang dilemparkan kepada pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam juga harus dihentikan segera.

 

“Saya menggesa masyarakat, jika ada sebarang kemusykilan dan sebarang isu berkenaan halal ini, sila tampil ke hadapan, membuat aduan kepada pegawai kita ataupun pegawai-pegawai dari jabatan yang bertanggungjawab dan bukannya sengaja menularkan perkara itu di laman sosial.

“Boleh jadi perkara itu tidak benar dan ini akan terus menimbulkan persepsi negatif terhadap Jabatan Agama Islam kepada umum”, katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Seminar Pematuhan Halal Negeri Perak 2017 di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) di sini, hari ini.

Tambah beliau, Jabatan Agama Islam Perak sentiasa melakukan pemantuan berkala dalam memantapkan kualiti pensijilan halal kepada peniaga dan pengusaha yang memegang sijil halal seluruh negeri.

 

“Kita memang selalu melakukan pemantauan mengikut daerah-daerah dan di sini juga kita nak tegaskan kepada mereka ini agar sentiasa memantau prosedur halal yang telah kita tetapkan.

“Jangan apabila kita nak buat lawatan, ataupun pemeriksaan, ketika itu barulah nak ikut prosedur”, ujarnya.

Tambah Nizar, semua pemegang sijil halal ini adalah dikawal dibawah Akta Perihal Dagangan (Halal) 2011 yang menetapkan segala salahlaku di bawah akta ini akan dikenakan tindakan yang berat.

 

Mengambil contoh Perintah Perihal Dagangan Takrifan Halal 2011, beliau berkata bagi kesalahan dibawahnya individu tersebut akan didenda sehingga RM 1,000,000 dan bagi perbadanan ia boleh didenda sehingga mencecah RM 5,000,000.

Selain itu, Nizar juga berkata agar orang ramai sentiasa meyakini pensijilan halal dalam negara ini kerana standardnya diperakui sehingga ke peringkat antarabangsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");