Isu Panas

Hilangnya Logik Manusia: Antara Kes Rogol Anak 600 Kali Dan Pemikiran Netizen

Kes berkaitan seorang bapa yang merogol anak perempuanya sebanyak 600 kali selama dua tahun menjadi topik hangat di dada-dada akhbar mahupun laman sosial. Namun bukan perkara itu yang ingin diperkatakan sebaliknya pemikiran masyarakat zaman sekarang yang terlalu cetek atau dengan kata mudah bodoh.

Isu-isu yang melibatkan agama, kes-kes jenayah tertentu, aspek kebersihan dan kebajikan sepatutnya diulas atau dikomen berdasarkan pengetahuan rasional dan bukannya melibatkan elemen politik. Namun apa yang menjadi lumrah zaman sekarang adalah setiap isu walau sekecil-kecil kuman atau sebesar-sebar lautan akan ditetap dipolitikkan.

Dimanakah relevannya BN atau UMNO dipersalahkan apabila si bapa merogol anaknya. Dimanakah relevannya penglibatan PAS, DAP atau PKR apabila ada bayi yang dibuang.

Namun jika kita lihat di laman sosial, apabila berita mengenai ‘Bapa Rogol Anak’ dipaparkan maka pasti ada sahaja netizen yang komen dengan menyalahkan parti tidak kiralah dikalangan kerajaan mahupun pembangkang.

Persoalannya kenapa? Kenapa perlu mempolitikkan isu-isu sebegini.

Di negeri dibawah pentadbiran BN atau UMNO ada berlakunya jenayah begitu juga di negeri yang ditadbir oleh PAS, DAP ataupun PKR.

Netizen zaman kini semakin sakit. Mempunyai pemikiran yang sakit seperti bukanlah salah mana-mana parti politik sebaliknya diri sendiri.

Tiada lagi nilai-nilai prihatin serta pemikiran logik dalam mengulas isu-isu yang sensitif apatah lagi apabila ia melibat isu-isu seperti jenayah bunuh, rogol dan sebagainya.

Apakah menjadi peranan parti politik untuk mendidik netizen tentang adab, prihatin dan pemikiran logik.

Tidak ada salahnya sekiranya ingin berpolitik namun perlu diingat bahawa bukan setiap perkara boleh diperbincangkan dalam aspek politik.

Jangan kerana anda di sebelah pihak sanggup menyalah pihak satu lagi membuta tuli tanpa mengira isu atau kes apa.

Fikir, komen dan ulas secara logik menggunakan akal dan bukan hanya menggunakan jari-jemari melalui butang ‘ENTER’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");