Perak Hari Ini

Ipoh International Run 2017, 14 Negara Bakal Berentap

IPOH:Seramai 8,084 peserta melibatkan seluruh negara bakal berentap dalam Ipoh International Run (IIR) 2017 pada 6 Ogos ini.

Menurut Datuk Bandar, Datuk Zamri Man penganjuran bagi edisi yang ke-22 tahun ini bukan sahaja bakal melibatkan penyertaan daripada 14 negara malah jumlah peserta turut meningkat berbanding penganjuran tahun lepas.

Katanya, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) selaku urusetia sentiasa berharap penganjuran IIR kali ini akan berjalan dengan lancar.

Beliau berkata demikian sesi sidang media dan penyerahan Tajaan sempena Ipoh International Run 2017 di sini hari ini.

“Penganjuran Ipoh International Run 2017 sangat bertetapan dengan Tahun melawat perak 2017, kerana Perak kini mengalami transformasi begitu rancak dalam pembangunan industri malah kita mensasarkan jangkaan 7 juta pelancong datang ke negeri ini tercapai,” katanya.

Tambahnya lagi, bagi penganjuran kali ini seramai 8 orang wakil dari delagasi Naning yang diketuai oleh Timbalan Datuk Bandar akan turut serta pada acara itu.

“Program IIR sentiasa dinantikan oleh pelari, selain itu kita mengharapkan program international dapat merancakkan lagi tahun melawat Perak 2017,” katanya.

Katanya lagi penghargaan turut diberikan kepada 23 penaja bagi acara kali ini yang sentiasa memberikan komitmen yang jitu dalam setiap pengajuran IIR saban tahun.

“Negara baru yang berminat menyertai IIR antaranya seperti Azberbaijian dan Zimbabwe manakala peningkatan peserta daripada Thailand juga dapat dilihat pada penganjuran kali ini.

“Bagaimanapun kita masih menggalakkan penglibatan pelari tempatan yang boleh lahirkan potensi pelapis negara,” katanya.

Terdahulu, penglibatan peserta luar negara daripada 14 negara antaranya dari Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Taiwan, China, Kenya,dan United Kingdom.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");