Jenayah

Isa Samad Dibebaskan Selepas Direman 5 Hari

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Isa Samad, yang direman lima hari sejak Rabu lalu bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di Kensington, London antara 2014 dan 2015, dibebaskan hari ini.

Pendaftar Mahkamah Rendah Malaya, Datuk Zainal Abidin Kamaruddin, membenarkan Isa dibebaskan atas jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM150,000 dengan dua penjamin.

Terdahulu, Isa tiba di mahkamah pada jam 9.49 pagi dengan berbaju lokap SPRM menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) hitam dan diiringi pegawai SPRM.

Dia bagaimanapun tidak digari.

Turut kelihatan di pekarangan mahkamah ialah isterinya, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid, ahli keluarga dan lebih 100 penyokong Isa.

Peguam Isa, Datuk K Kumaraendran, berkata pihak pendakwaan memohon jaminan RM1 juta namun pihaknya merayu mahkamah memberi pertimbangan bagi pengurangan jumlah atas kerjasama baik diberikan Isa kepada SPRM.

“Dia bukan ditahan sebagai suspek, sebaliknya bagi membantu siasatan kes,” katanya.

Isa ditahan jam 4.24 petang pada 15 Ogos lalu di Ibu Pejabat SPRM di sini, selepas memberi keterangan hampir dua jam berhubung urus niaga pembelian hotel berkenaan. – BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");