Berita Hari Ini

Isu Tuntutan Filipina Ke Atas Sabah Tidak Berasas

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar hari ini menegaskan tidak ada isu berkaitan tuntutan Filipina ke atas Sabah kerana ia tidak ada asas.

Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata fakta menunjukkan Sabah diiktiraf oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan komuniti antarabangsa sebagai sebahagian daripada Malaysia sejak penubuhannya pada 16 September 1963.

“Oleh itu, Malaysia tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan apa-apa tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah,” katanya.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menjawab soalan isu berkaitan daripada Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Kementerian Luar juga berkata Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman, maklum mengenai kenyataan Setiausaha Agung WARISAN, Loretto Padua Jr, sebagai reaksi kepada jawapan Hishammuddin itu kononnya Malaysia enggan menyelesaikan isu tuntutan Sabah oleh Filipina.

Wisma Putra berkata isu tuntutan itu tidak berasas, berunsur provokatif dan mengelirukan sekali gus harus dikutuk habis-habisan.

“Sebagai Ahli Parlimen selama beberapa tahun, Mohd Shafie dikenali ketika menjawat jawatan dalam kerajaan.

“Beliau sepatutnya menyedari bahawa perkara ini (isu tuntutan Sabah) terletak dalam bidang kuasa Menteri Luar dan bukannya Menteri Pertahanan.

“Tindak balas susulan partinya (WARISAN) adalah cubaan untuk mengeliru dan menyesatkan rakyat sahaja.

“Ini mengecewakan kerana perkara penting ini tidak seharusnya menjadi subjek ‘politik longkang’ (gutter politics),” katanya.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");