Berita Hari Ini

Jalan Gua Musang-Lojing Dibuka Semula

GUA MUSANG: Laluan FT 185, Jalan Gua Musang-Lojing dekat Pos Blau di sini yang ditutup kerana banjir kilat sejak lewat petang semalam, dibuka semula kepada semua kenderaan pada pagi ini.

Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, jalan tersebut dibuka pada pukul 6 pagi ini dan boleh dilalui semua kenderaan dan air mula surut bermula pukul 11 malam tadi, lapor Utusan Online.

“Hujan lebat selama beberapa jam menyebabkan menyebabkan banjir kilat berlaku di kawasan itu dan menyebabkan jalan sepanjang 500 meter terpaksa ditutup akibat ditenggelami air sedalam tiga meter,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) daerah, Mohd. Yussalmi Mohd. Yusoff memaklumkan, biarpun keadaan telah pulih namun pihaknya masih membuat pemantauan di kawasan tersebut.

“Kita juga bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” Katanya.

Sementara itu, Penghulu Pos Blau, Salleh Angah berkata, kejadian itu merupakan kali kedua berlaku pada tahun ini.

Katanya, penduduk Orang Asli juga terperangkap di kawasan perkampungan mereka beberapa jam dan tidak dapat keluar ke bandar Gua Musang.

“Kawasan ini kerap dinaiki air apabila hujan lebat berterusan. Kali pertama banjir berlaku pada Mei lalu.

“Kejadian ini dipercayai berpunca daripada aktiviti perladangan yang tidak terkawal sehingga air sungai yang membawa sisa kayu turut melimpah ke atas jalan raya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");