Isu Panas

Jangan Cabar Perundangan Islam

KUALA LUMPUR:Pusat Penyelidikan Pas (PPP) mengingatkan semua pihak termasuk individu dalam bidang perundangan tidak membuat sebarang keputusan yang boleh mencabar kesabaran umat Islam di negara ini.

Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, PPP melihat terlalu banyak keputusan dan tindakan pelbagai pihak termasuk keputusan yang dibuat oleh mahkamah sivil yang boleh menghilangkan kesabaran umat Islam termasuk isu ‘bin/binti Abdullah’.

“PPP melihat keputusan yang dibuat hakim-hakim mahkamah rayuan berkaitan isu ‘Bin Abdullah’ ini boleh menguji kesabaran umat Islam.

“PPP bimbang ada kelompok umat Islam yang akan memilih tidak menghormati mahkamah disebabkan mereka melihat Islam sudah tidak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan, semalam dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Zuhdi berkata, PPP berharap penghormatan institusi Islam dan sensitiviti umatnya dapat dipelihara.

“Dalam isu seperti ini, sekiranya tidak ditangani secara berhemah boleh mencetuskan konflik yang menggugat kestabilan negara.

‘Keputusan dan tindakan yang berasaskan pendekatan konvensional secara membuta tuli menyebabkan ada pihak mengambil pendekatan konfrontasional,” katanya.

Beliau berkata, peristiwa Natrah menjadi contoh yang terbaik.

Menurutnya, ia cuba diselesaikan secara konvensional membicarakan melalui undang-undang British tetapi tidak memihak kepada hasrat umat Islam. Ekoran itu, umat Islam mengambil pendekatan tidak konvensional dengan membuat rusuhan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");