Perak Hari Ini

Jangan Lupakan ‘Si Merah Tua’

TAPAH:Pihak kepimpinan parti disaran supaya tidak melupakan ‘si Merah Tua’ atau jentera wanita UMNO yang banyak menyumbang kepada kekukuhan parti selama ini.

Ketua Wanita Umno Johor Datuk Sharifah Azizah Syed Zain yang mewakili Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Azizah Mohd Dun bagi perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tapah hari ini dalam ucapannya berkata kejayaan diperolehi parti kini adalah usaha bersama jentera parti termasuklah Wanita UMNO.

Turut hadir Ketua Wanita UMNO Perak, Datuk Rusnah Kassim dan Ketua UMNOBahagian Tapah, Datuk Samsudin Abu Hassan.

“Jangan berulang insiden peralihan kuasa di Perak.. saya lihat gabungan di Tapah adalah gabungan yang baik di Perak namun kejayaan tidak datang sendiri tetapi kerana peranan si Merah tua inilah menentukan kemenangan.

“Kita perlu tahu perjuangan kita yang mana menjadi tulang belakang kepada parti,” katanya.

Tambahnya lagi, kelebihan perlu diberikan kepada jentera Wanita UMNO yang boleh diibaratkan sebagai ‘benteng kemenangan’ kepada parti.

“Titik peluh kita meraih sokongan semua pihak, jadi bantulah bersama golongan wanita…kita tidak merungut tidak meminta seperti meminta sedekah namun penilaian kerja kita harus diberi perhatian oleh kepimpinan UMNO bahagian ini yang paling utama,” katanya.

Beliau turut menyeru jentera wanita UMNO perlu terus mempergiatkan usaha meraih sokongan pengundi putih bagi menghadapi pilihan raya umum yang bakal tiba.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");