Isu Panas

Jentera Parti Mesti Bergerak Seiring Dengan Wakil Rakyat

REMBAU – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan meminta semua anggota parti bekerjasama dan bergerak seiring dengan jentera wakil rakyat yang akan bertanding dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Menteri Besar berkata jentera parti merupakan jambatan penghubung antara masyarakat setempat dan pemimpin.

“Jentera parti mesti bergerak aktif kerana jentera parti amat penting dan menjadi mata dan telinga isu setempat selain membawa maklumat berkenaan dasar kerajaan kepada masyarakat.

“Jika wakil rakyat menjalankan tugas dengan baik dan didukung pula oleh jentera parti yang sentiasa bergerak, rakyat akan merasa selesa walaupun pemimpin tidak hadir secara fizikal tetapi kehadiran wakil rakyat dapat dirasai,” katanya.

Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, semasa berucap di hadapan perwakilan, Mohamad berkata isu perpaduan kalangan anggota UMNO tidak timbul kerana ahli-ahli sudah bersatu hati dan bermuafakat bagi menghadapi ‘peperangan’ PRU yang akan datang.

“Paling lama pun, lagi lapan bulan kita akan menghadapi PRU dan apa yang penting sekarang ni sejauh mana kita bersedia membantu parti UMNO untuk menang.

“Saya nak tengok supaya menjelang PRU, kita mesti adakan sekurang-kurangnya 1,000 sesi penerangan kepada masyarakat,” katanya, sambil menambah setakat ini sudah 400 sesi penerangan dilaksanakan.

Yakin dengan kemenangan yang bakal dinikmati parlimen Rembau dalam PRU akan datang, Mohamad menyasarkan sekurang-kurangnya wakil UMNO akan menang besar dengan tambahan majoriti 22,000 di peringkat parlimen, berbanding majoriti 18,000 pada PRU yang lepas.

“Data terkini menunjukkan terdapat 85,000 pengundi berdaftar di Rembau dan 63,000 daripadanya adalah Melayu.

“Kita mesti dekati pengundi Melayu, terutamanya pengundi baharu, kerana sekarang UMNO bergantung pada (undi) orang Melayu, dan pastikan juga mereka keluar masa hari pengundian,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");