Berita Hari Ini

Jerebu: Malaysia Sedia Bantu Indonesia

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedia bertemu Indonesia bagi menawarkan bantuan untuk menyelesaikan masalah kebakaran hutan di negara itu.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, bantuan itu adalah sebagai langkah untuk mengelakkan jerebu semakin berleluasa menjelang Sukan Sea yang akan diadakan di negeri ini kira-kira dua minggu lagi.

“Saya sudah minta Timbalan Ketua Setiausaha Alam Sekitar dan Air mengadakan perhubungan dengan pihak di Indonesia supaya saya pergi melawat dan berjumpa dengan pihak tertentu dan menteri-menteri di Indonesia yang ada hubung kait dengan kebakaran hutan ini.

“Ada dua peringkat berhubung kebakaran ini. Satu koordinasi dan satu lagi menteri alam sekitarnya,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Majlis Sumber Air Negara kali-12, di Parlimen di sini, hari ini.

Beliau berkata, pertemuan itu nanti lebih kepada pemberitahuan Malaysia sangat prihatin terhadap kejadian yang menimpa negara itu.

“Mereka pun sudah ambil tindakan. Kita juga bersedia untuk menghantar bombadier, smart team dan juga bomba,” katanya lapor Sinar Harian.

Jelasnya, setakat ini, belum ada lagi indikasi untuk dibimbangi dengan jerebu walaupun angin masih bertiup pada barat daya, kerana angin tidak boleh diubah.

“Maknanya, kalau berlaku kebakaran di Riau dan Jambi maka Semenanjung Malaysia dan Singapura akan terkena.

“Jika ia berlaku di Kalimantan Barat, Timur dan Tengah maka Sarawak akan terkena.

“Namun sekarang berlaku juga kebakaran di Acheh berkemungkinan mengikut angin ini, kita akan terkena di Utara sahaja iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Utara Perak serta Thailand,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keadaan ini sukar diramal, namun pihaknya yakin perkara ini tidak akan mengganggu perjalanan Sukan Sea.

“Saya akan berusaha supaya acara ini dapat berlangsung dengan baik. Harap-harap ia bersifat sementara,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");