Berita Hari Ini

JKM Selamatkan Tiga Beradik Terabai

JOHOR BAHRU – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan tiga beradik berusia setahun hingga enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa mereka di Larkin Perdana, di sini, Khamis lalu.

Pegawai Pejabat Kebajikan Daerah Johor Bahru, Normawarni Mahat berkata, tindakan tersebut diambil bagi menjalankan siasatan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.

Menurutnya, siasatan mendapati dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki itu ditinggalkan di sebuah bilik sewa rumah kedai di lokasi berkenaan tanpa pengawasan orang dewasa.

“Pelindung kanak-kanak JKM ke tempat tinggal mereka bersama anggota polis dari Balai Polis Larkin selepas menerima aduan pada Rabu lalu yang memaklumkan bahawa kanak-kanak itu tidak mempunyai bekalan makanan secukupnya.

“Pemerhatian kami juga mendapati mereka kekurangan makanan, pakaian dan penjagaan. Mereka juga melihat keadaan kanak-kanak yang dibiarkan tanpa pengawasan sewajarnya,” katanya lapor Sinar Harian.

Normawarni berkata, pihaknya berharap ibu bapa kanak-kanak berkenaan tampil ke Pejabat JKM Daerah Johor Bahru bagi membincangkan masa depan mereka.

“Selama kira-kira sejam pelindung berada di situ, namun ibu bapa mereka tidak muncul. Ketiga-tiga kanak-kanak itu kini masih di bawah perlindungan JKM,” katanya.

Kisah ketiga-tiga beradik itu tular di laman sosial.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");