Perak Hari Ini

Jual Beli Tanah Haram, Kerajaan Negeri Nasihat Orang Ramai Jangan Mudah Tertipu

IPOH:Pembeli tanah disaran supaya tidak tertipu dengan sindiket penerokaan tanah haram milik kerajaan negeri berikutan tindakan adalah salah sama sekali

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kerajaan negeri mendapati terdapat kegiatan jual beli tanah yang diteroka secara haram dari seorang individu kepada individu lain.

Malah jelasnya,kerajaan negeri memandang serius mengenai perkara ini dan ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja berikutan proses penjualan yang terbukti salah dan tidak sah.

“Jangan Tertipu kerana ada yang membeli tanah dengan harga yang begitu murah iaitu RM5,000, RM10,000 untuk tanah seluas tiga, lima dan 10 ekar.

“Tanah yang diberi nama ‘Tanah Atas Usaha’ yang diteroka secara haram dan dibuka untuk dijual kepada pihak lain menerusi perjanjian dan pemohonan secara rasmi kepada pihak berkuasa negeri bagaimanapun transaksi itu adalah salah dan tidak sah,” katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat exco di sini hari ini.

Menurutnya, pihak pembeli tanah daripada pihak pertama yang meneroka secara haram telah hadir memohon kepada Kerajaan negeri dengan melampirkan sekali salinan akuan bersumpah mengenai pembelian tanah berkenaan.

“Pemilik berkenaan juga bukanlah pemilik sah tanah itu ia adalah transaksi secara haram, saya meminta mana-mana pihak supaya tidak mudah tertipu.

“Tanah diteroka ini telah dipecah-pecahkan bahagiannya untuk dijual kepada orang ramai ia adalah serius kerana ia tidak mengikut perundangan malah saya mendapat laporan pembelinya terdiri daripada pelbagai pihak termasuk pesara kerajaan,” katanya.

Jelasnya lagi,Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak (PTG) dan Pejabat Tanah di seluruh negeri ini akan menyenaraikan kerugian dan senarai tanah yang telah diterokai secara haram.

Berikutan penularan sindiket itu, Kerajaan Negeri telah menerima beberapa permohonan mengenai jualan tanah secara tidak sah dan akan menyiasat lebih lanjut mengenainya.

Jelasnya lagi, para pembeli disaran supaya mendapatkan pengesahan mengenai status pemilikan tanah tersebut sebelum membuat sebarang pembayaran.

Terdahulu beliau menyempurnakan pelepasan kenderaan rasmi desa pelancongan Pasir Salak di perkarangan Bangunan Darul Ridzuan hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");