Jenayah

Jurujual Telefon Bimbit Cemas Didatangi Lelaki Berpisau

KUALA LUMPUR – Seorang juru jual telefon bimbit berdepan detik cemas apabila didatangi sekumpulan lelaki bersenjatakan pisau.

Kejadian berlaku di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Sri Permaisuri, Bandar Tasik Permaisuri, dekat sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.41 malam ketika mangsa bersama rakannya sedang bekerja di premis terbabit.

“Kemudian, datang tiga lelaki bersenjatakan pisau meluru ke arah mangsa dan mengarahkan mangsa untuk menyerahkan wang di kaunter.

“Suspek terus ambil wang tunai RM100 daripada mesin di kaunter. Selain itu empat buah telefon bimbit di ruangan pameran turut dilarikan,” katanya lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, suspek kemudian melarikan diri menaiki sebuah kereta Sateria Neo berwarna hitam.

Katanya, siasatan mendapati dua suspek memakai topi keledar, manakala seorang lagi hanya memakai topi.

“Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) telah diperolehi untuk membantu siasatan,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");