Membawang Hari Ini

‘Kak Qis’ Kembali Ke Fitrah

KUALA LUMPUR: Seorang pengasas kosmetik mengakui dia berasa kesal atas tindakannya yang tidak turun ke liang lahad, menunaikan solat jenazah buat arwah ibunya dan menukar pakaian lelaki dek kerana ego dan ghairah mahu menjadi seorang pondan.

Jefri Mohd Nor atau dulu dikenali sebagai Kak Qis kini mengakui dia sudah memilih untuk meninggalkan ‘dunia’ itu dan kembali kepada fitrah seorang lelaki sebenar, sejak tahun lalu.

Sebelum ini ‘Kak Qis’ merupakan seorang pondan yang cukup terkenal apabila berani melakukan pembedahan plastik dan menyuntik silikon di bahagian payudara, hidung, mata, lesung pipit, tulang pipi dan bibir, demi mengejar sebuah kehidupan menjadi seorang wanita.

“Setelah mengambil keputusan untuk berubah, saya kini berulang alik ke Thailand untuk membuang silikon yang berada di beberapa bahagian dalam anggota badan saya ini”, katanya.

Jefri yang juga bekas seorang guru berkata arwah ibunya meninggal dunia pada September 2009 akibat gastrik pecah.

“Arwah ibu adalah kawan baik saya, apa-apa yang saya lakukan dia sokong, kecuali ketika saya membuat keputusan untuk menjadi wanita.

“Walaupun saya sendiri sudah menjadi ‘anak perempuan’, ibu tetap tidak membuang saya walapun berdepan pelbagai tomahan orang ramai, begitu besar jasa arwah ibu terhadap saya”, katanya.

“Arwah ibu tidak suka saya menjadi pondan, tetapi dia tidak pernah membuang saya sebagai seorang anak, dia berdepan caci maki tohmahan orang ramai dan tetap mempertahankan saya walaupun sudah menconteng arang ke wajahnya,” kata anak sulung daripada dua beradik itu.

Jefri juga turut berkongsi di mana dia pernah berhasrat untuk berhijrah ke England dan melangsungkan perkahwinan sesama jenis bersama teman lelakinya yang juga seorang ‘Mat Salih’.

“Namun, sebelum saya berangkat, ibu ditakdirkan Allah SWT jatuh sakit dan memerlukan penjagaan rapi.

“Saya kemudian fokus untuk menjaga ibu dan terpaksa meninggalkan teman lelaki serta melupakan hasrat untuk berkahwin di sana, mungkin Allah masih sayangkan saya dan Dia menghalang perjalanan saya, jika tidak, sudah pasti saya murtad di sana”, ujarnya.

Menceritakan detik-detik bagaimana dia boleh terjebak ke dunia pondan ini, Jefri berkata nalurinya itu timbul apabila memasuki maktab perguruan.

“Selepas bergelar guru, saya ke sekolah memakai pakaian lelaku dan sebelah malam pula ‘bertukar menjadi wanita’ pua dan saya seronok dengan kehidupan begitu.

“Kemunidan, saya berhenti menjadi guru dan memberi fokus kepada perniagaan, ketika itu saya memiliki segala kesenangan seperti rumah, kereta mewah, kecantikkan dan mempunyai tiga orang anak angkat bersama saya”, katanya.

Tambahnya, walaupun merasakan kehidupanya lengkap namun dia mengakui jiwanya kosong dan sehingga suatu hari ditakdirkan Allah datang seorang lelaku bukan Islam menilik nasibnya tahun lalu.

“Saya berkeras tidak mahu, namun lelaki itu tetap mahu menilik dengan hanya melihat raut wajah saya, apa yang diperkatakan lelaki ini sangat menjerut tangkai hati saya.

“Dia kata saya ada semua tetapi tidak bahagia kerana saya tidak solat lima waktu, memang betul sangkaan dia, kerana sudah berpuluh tahun saya tidak sujud pada Allah,” katanya.

Katanya mulai saat itu, dia mula solat namun, memakai pakain wanita.

“Saya mula solat tetapi tetap ego dengan memakai pakaian wanita, bukan memakai telekung, tetapi berbaju kurung atau jubah tanpa menutup kepala,” katanya.

Demi mencari ketenangan dan kesempurnaan dalam solat dan kehidupan, selain  membuat keputusan untuk membuang implan di badannya Jefri berkata dia turut menjual semua barang kemas dan menggantikan pakaian wanita kepada pakian lelaki.

“Alhamdulillah saat dalam perubahan setahun ini apa yang paling menggembirakan saya ketika dapat melakukan solat Jumaat yang ditinggalkan hampir 50 tahun”, ujarnya.

Dia yang juga pengasas produk kesihatan dan kecantikan SB Superbeauty berkata, dia kini tidak lagi berahi melihat lelaki dan tiada lagi pandangan dua tiga kali terhadap kaum sejenisnya.

Jefferi turut menitipkan pesanan buat pondan di luar sana supaya bertaubat segera dan mendapatkan rawatan dengan mengambil suntikan hormon lelaki di klinik.

“Kini saya mendapatkan suntikan itu di sebuah klinik di Kluang, Johor. Hanya RM30 satu suntikan yang perlu diambil sebulan sekali.

 

-HARIAN METRO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");