Berita Hari Ini

`Kami Negara Paling Berkuasa Di Dunia’ – Trump

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) memberi amaran tindakan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un untuk menghasilkan senjata nuklear, boleh membawa kejatuhan rejim itu kerana kekuatan nuklear AS mampu menghalangnya.

Ini adalah antara amaran keras terbaharu selepas Presiden Donald Trump kelmarin berkata, Pyongyang akan berdepan ‘api kemarahan’ jika ia menyerang wilayah AS di Guam dengan peluru berpandu.

“Saya harap kita tidak perlu menggunakan kuasa ini, tetapi kami adalah negara paling berkuasa di dunia,” kata Trump dalam laman Twitter miliknya.

Komen Trump itu mencetuskan kebimbangan China dan sekutu AS, manakala pasaran saham dan dolar jatuh ketika pelabur mencari pelaburan selamat.

“Mustahil untuk berdialog dengan individu yang hanya bertindak berdasarkan kekuatan,” lapor Agensi Berita Korea Pusat (KCNA), yang memetik jurucakap Tentera Korea Utara, Jeneral Kim Rak Gyom.

KCNA juga menyifatkan tindakan pesawat pengebom AS terbang di semenanjung Korea kelmarin bukti AS ‘gila perang nuklear.’

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Rex Tillerson ketika singgah di Guam selepas lawatan ke Asia Tenggara berkata, Trump bertekad memberi mesej tegas kepada Pyongyang kerana Jong-Un seperti tidak memahami bahasa diplomatik.

 

-AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");