Perak Hari Ini

KD Maharaja Lela Sempurna Dirasmikan

LUMUT: Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim hari ini perkenan merasmikan kapal pertama daripada enam buah Kapal Tempur Pesisir (LCS1) di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini, sambil disaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Turut mengiringi Baginda, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Dalam pada itu, Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BN Shipyard), Tan Seri Datuk Seri Ahmad Ramli Mohd Nor berkata, kapal yang dibina ini menelan kos pembinaan sebanyak RM 1.5 billion.

“Kapal yang diberi nama Kapal Diraja (KD) Maharaja Lela bersempena dengan nama pejuang menentang penjajah British, dibina sepenuhnya menggunakan kepakaran anak tempatan dan ia mempunyai reka bentuk halimunan (stealth) yang juga sukar untuk dikesan oleh radar.

“Di sini kita dapat buktikan kemampuan negara dalam membina sebuah kapal perang berteknologi tinggi yang setanding dengan negara-negara luar”,  katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Eksekutif Dan Pengarah Urusan Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC), berkata kapal ini akan diserahkan kepada TLDM pada April 2019 dan kapal yang terakhir yang pula akan diserahkan pada Jun 2023.

Katanya, hal ini kerana LCS1 ini harus menjalani ujian di pelabuhan terlebih dahulu serta ujian tembakkan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Upacara Penamaan Dan Pelancaran LCS1 TLDM.

Kapal ini telah dibina oleh BN Shipyard yang juga merupakan anak syarikat Boustead Holding dan syarikat bersekutu BHIC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");