Perak Hari Ini

Kelangsungan Dermasiswa Bukti Kerajaan Negeri Prihatin Soal Pembangunan Pendidikan

PARIT: Kira-kira 15 penerima Dermasiswa Pendidikan Yayasan Perak telah mendapat sumbangan tersebut di sini hari ini.

Program yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah, Datuk Drs Mohd Nizar Zakaria itu dihadiri ibu bapa dan serta yang bakal dan sedang melanjutkan pelajaran di Intitusi Pengajian Tinggi (IPT) tempatan.

 

Beliau berkata, inisatif berterusan dari Kerajaan Negeri melalui Yayasan Perak ini salah satu bukti yang kerajaan negeri amat menitikberatkan ilmu dalam kalangan masyarakat selain ia dapat meringankan beban kepada keluarga.

“Inisatif yang sudah lama dibuat dan akan berterusan ini merupakan bukti Kerajaan Negeri amat mementingkan nilai ilmu dalam kalangan rakyat selain bantuan yayasan ini juga sedikit sebanyak dapat meringankan beban pengajian kepada keluarga yang sekaligus dapat memberi semangat kepada anak itu sendiri”, katanya.

Tambah Nizar, beliau berharap para penerima bantuan ini dapat belajar bersungguh-sungguh agar dapat berbakti semula kepada keluarga, masyarakat, agama dan seterusnya negara, pada masa akan datang.

 

Selain itu menurut beliau, program seperti ini sudah menjadi kebiasaan dan ia merupakan platform untuk berkongsi pandangan dan rangsangan bagi menghadapi dunia IPT yang mencabar kepada penerima sumbangan.

“Kita memang sudah biasa buat program seperti ini di mana kita akan adakan apabila ada permohonan bantuan diajukan, kemudian kita akan hantar ke Yayasan Perak, dan apabila proses itu selesai mereka akan mengembalikan kepada wakil rakyat yang akan diserahkan semula kepada pemohon.

 

 

“Adakalnya pemohon hanya tiga orang, namun saya tetap buat program seperti ini agar saya sebagai pemimpin dapat bercakap dan memberi motivasi serta berkongsi pandangan kepada ibu bapa serta anak mereka”, ujarnya.

Dalam pada itu, Meor Muhammad Arifin Meor Abdullah, 61, salah seorang ibu bapa yang mewakili anaknya untuk menerima sumbangan ini berkata, inisatif seperti ini amat baik dan ia membuktikan kerajaan negeri pimpinan Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir prihatin kepada pencapaian anak-anak di Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");