Perak Hari Ini

Kerajaan Negeri Galakkan Pembangunan Rumah Mampu Milik

SERI MANJUNG: Kerajaan Perak menggesa syarikat pemaju perumahan yang ditubuhkan negeri agar memperbanyakkan projek rumah mampu milik.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata selain menyediakan model bisnes yang baik, pemaju juga seharusnya memikirkan cara bagaimana untuk menyalurkan keuntungan itu kembali kepada rakyat.

“Kita mahu syarikat ataupun agensi yang kita tubuhkan selain mempunyai model bisnes yang baik, kita juga mahu keuntungan mereka itu dapat disumbangkan kembali kepada Kerajaan Negeri yang akan disalurkan kepada kesejahteraan rakyat.

 

“Ada kes-kes tertentu seperti kita gunakan agensi seperti Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) untuk kita bayar kepada tuan tanah, dan kita bangunkan perumahan rakyat di situ, bagi mengelakkan penduduk di usir keluar oleh pemilik tanah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kampung Datuk Seri Kamarudin dekat sini pada Jumaat.

Projek perumahan yang dibangunkan SSI dan Lembaga Perumahan Dan Hartanah Perak ini mensasarkan kakitangan awam dan orang awam yang kurang berkemampuan, dalam kumpulan B40.

Projek 208 unit pangsapuri 14 tingkat yang dibina di atas tanah seluas 5.415 ekar ini merupakan usahasama dengan Syarikat Asas Jasakita Sdn Bhd

Ia turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan dan Pengerusi Syarikat Asas Jasakita, Datuk Syed Mokhtar Syed Iddris.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");