Perak Hari Ini

Kerajaan Yakin Sokongan Padu Rakyat Mampu Tingkatkan Pertahanan Negara

LUMUT: Kerajaan yakin inisiatif dalam membela kebajikan Anggota Tentera Diraja (ATM) akan diterjemahkan oleh golongan berkenaan menjelang pilihanraya nanti.

Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein berkata kerajaan percaya bahawa anggota ATM akan membalas jasa kerajaan dalam membela dan memperjuangkan nasib mereka.


“Sebagai Menteri Pertahanan saya berbangga kerana sambutan hari ini yang bukan sahaja mendapat perkenan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan dan Permaisuri malah mendapat sambutan yang baik dari warga Lumut dan ini petanda yang baik.
“Biarlah orang nak tuduh apa pun namun saya percaya anggota kita akan menghargai usaha kita dan rakyat dapat melihat sendiri apa yang kita buat Ini ikhlas untuk negara”, katanya selepas perasmian Upacara Penamaan Dan Pelancaran LCS1 di Pangkalan TLDM dekat sini pada Khamis.


Tambah beliau, pembinaan Kapal Tempur Pesisir Pertama (LCS1) sudah tentu melibatkan pekerja am selain usahasama dengan anggota dan para Vateran Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM).
Hishammuddin berkata, dengan segala aset yang ada ini mampu negara mampu mendepani pelbagai jenis ancaman khususnya ancaman militan  seperti pengaruh Daesh di Selatan Filipina.
“Kapal tercanggih di Asia Tenggara ini kesemuanya ada enam buah dan seperti hari ini, kita baru siapkan yang pertama, dan selebihnya akan disiapkan secara berperingkat dari tahun ke tahun,” ujarnya.


Pada masa sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, beliau menyambut baik usaha kerajaan di mana melalui projek berkenaan ia juga membuka ruang pekerjaan kepada anak tempatan di sini dan seluruh negara.
Terdahulu, kapal sepanjang 111 meter yang diberi nama KD Maharaja Lela ini telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim di mana Baginda juga selaku Penaja DiRaja untuk projek ini.
Ia turut disaksikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");