Berita Hari Ini

Kerana Kasihan, Peniaga Minta Bantuan Bomba

KOTA BHARU – Simpati dengan keadaan seorang lelaki kurang siuman yang terlekat cincin di tiga jari kanan termasuk telunjuk, jari hantu dan jari manis seorang peniaga sanggup meghubungi panggilan kecemasan 999 bagi membantu mengeluarkan cincin jari lelaki itu.

Lelaki itu yang pada mulanya datang ke kedai makan di Jalan Long Yunus meminta nasi dilihat sedang menahan kesakitan.

Ekoran simpati dengan keadaan lelaki kurang siuman itu, peniaga berkenaan bertindak menghubungi talian kecemasan dan pihak bomba tiba ke lokasi bagi membantu mangsa.

Pegawai Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Che Mazlan Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11. 37 pagi tadi.

“Hasil maklumat mendapati mangsa merupakan lelaki kurang siuman berusia 40an dan tiga jari lelaki kurang siuman termasuk dua jari telunjuk dan jari hanti sebelah kiri dan jari manis di sebelah tangan kanannya itu membengkak.

“Lelaki terbabit dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II HRPZII dan kita turut memohon bantuan pihak hospital untuk memberi suntikan kepada jari mangsa bagi mengurangkan kesakitan,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mazlan berkata, pihaknya mengambil masa 20 minit bagi memotong cincin di tiga jari mangsa.

“Kita berjaya memotong cincin berkenaan dengan menggunakan pemotong khas ‘ring cutter’ dan mengeluakan cincin yang melekat dalam keadaan selamat.

“Mangsa tidak mengalami kecederaan serisus dan mangsa kini berada dalam keadaan stabil,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");