Perak Hari Ini

Kerjasama Dengan UTAR Bina Hospital Baru Di Kampar Tetap Diteruskan

IPOH:Kementerian Kesihatan menegaskan rancangan bagi pembinaan hospital baru di Kampar akan tetap diteruskan seperti perancangan melibatkan kerjasama daripada Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) yang turut bercadang membina hospital pengajar di kawasan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata kerajaan mempertimbangkan kerjasama itu berikutan lokasi cadangan yang hanya empat kilometer daripada tapak hospital baru yang diumumkan pada tahun 2012 yang lalu.

“UTAR mencadangkan pembinaan hospital yang hanya empat kilometer daripada lokasi jadi adalah baik kerajaan bekerjasama bagi membina  satu hospital yang dilengkapi dengan semua kemudahan buat pengajar dan orang awam,” katanya dalam satu sidang media pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Perak peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRBP) di sini hari ini.

Jelasnya lagi, kerjasama ini adalah satu  pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang baik malah kebajikan orang awam tidak akan terjejas apabila operasi hospital menggunakan kaedah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayaran Penuh (FPP).

“Orang awam tidak akan dikacau dan bayaran masih rendah malah 10 hospital kini telah menggunakan konsep tersebut yang mana pesakit boleh memilih pakar mana untuk mendapatkan rawatan,” katanya.

Tambahnya lagi, para pesakit juga boleh memilih pakar dan bayaran penuh adalah mengikut kelas perkhidmatan menerusi kaedah kerjasama swasta dan Awam.

“Apabila kerajaan bekerjasama dengan UTAR, pastinya kemudahan hospital juga akan lengkap dan ia menjimatkan kedua belah pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pembatalan cadangan pembinaan hospital baru di Daerah Kampar setelah mempertimbangkan kawasan bekas lombong seluas 1000 ekar itu memerlukan peruntukan yang tinggi bagi tujuan rawatan tanah.

Terdahulu seramai 324 kakitangan hospital menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang tahun 2016 Jabatan Kesihatan Negeri Perak peringkat Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh (HRBP) bagi kali ini.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengarah Hospital HRBP, Dr. B.Premavathy.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");