Berita Hari Ini

Kibar Jalur Gemilang Demi Rasa Cinta Terhadap Negara

KUALA PILAH – Orang ramai termasuk peniaga di bandar ini digalakkan agar mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan premis mereka bagi menunjukkan rasa cinta terhadap negara.

Justeru kata Pegawai Daerah Kuala Pilah Syahrul Nizam Saleh,Jalur Gemilang yang diedarkan kepada peniaga hari ini perlu dikibarkan bukan disimpan.

“Apa yang kita lakukan ini semata-mata untuk memupuk semangat cintakan tanah air dalam kalangan rakyat negara ini,” katanya pada program penyerahan Jalur Gemilang sempena sambutan Kemerdekaan Malaysia ke-60 kepada premis perniagaan di sekitar bandar ini hari ini.

Sebanyak 300 Jalur Gemilang diedarkan dalam majlis yang disempurnakan oleh Duta Besar Malaysia ke Kemboja yang juga Anggota Parlimen Kuala Pilah Datuk Seri Hasan Malek itu.

Sementara itu, Hasan berkata setakat ini sebanyak 1,000 Jalur Gemilang telah dipasang di sepanjang Jalan Seremban-Kuala Pilah manakala Majlis Daerah Kuala Pilah serta jabatan kerajaan lain akan menambah 2,000 lagi untuk dipasang di lokasi terpilih.

“Selain itu, bagi memastikan kejayaan kempen Kibar Jalur Gemilang di daerah ini berjaya, penyerahan Jalur Gemilang ini akan diteruskan di peringkat kawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung,” katanya.

Pengibaran Jalur Gemilang itu juga seiring dengan pertandingan Kibar Jalur Gemilang dan Keceriaan peringkat Negeri Sembilan sempena Hari Kebangsaan 2017 yang sedang berlangsung dan menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM29,000 kepada pemenang,” katanya. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");