Isu Panas

Kilang Haram Wujud Sejak Zaman Guan Eng, Mengapa BN Pula Dipersalahkan

Mengapa pemimpin di Pulau Pinang menganggap exco kerajaan negeri Phee Boon Poh dianiaya sedangkan beberapa kematian yang berlaku kesan daripada kilang haram tidak dibela.

Malah, Adun Penanti, Dr Norlela Ariffin dari PKR yang sepatutnya sekutu dengan kepimpinan negeri turut diboikot padahal beliau telah bangkit bagi membela nasib rakyat.

Apa yang lebih teruk, susulan kejadian ini berlaku seperti biasa kepimpinan DAP akan menuding jari terhadap BN sedangkan ia berlaku sejak pemerintahan pembangkang di Pulau Pinang.

Itulah kepakaran pembangkang, membuat kesalahan dan kemudian menuding jari terhadap BN.

Dan rakyat, sudah tentu hanya akan percaya membuta tuli seolah-lah setiap apa yang berlaku semuanya berpunca dari BN.

Menurut sumber tapak yang digunakan untuk mendirikan kilang haram berkenaan masih kosong pada 31 Ogos 2008, iaitu tahun DAP berjaya merampas pemerintahan Pulau Pinang daripada Barisan Nasional (BN).

Maksudnya, kilang berkenaan tidak ada kena mengena dengan BN sebaliknya parti itu hanya menjadi kambing hitam DAP dalam usaha mereka membersihkan imej.

Malah hasil carian goggle earth sekaligus menafikan dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa kilang berkenaan sudah wujud sejak pemerintahan BN.

Kajian mudah menggunakan aplikasi Google Earth untuk meninjau kawasan Bukit Mertajam menggunakan panduan garis masa menunjukkan Lim Guan Eng terbukti berbohong.

Imej satelit kawasan tersebut dengan bukti masa pada 31 Ogos 2008 dimana terletaknya lokasi kilang haram mendapati tiada binaan di kawasan tersebut.

Ketika ini DAP sudah memenangi Pilihan Raya Umum ke 12 dan Lim Guan Eng sudah lama mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan menikmati kopinya di tingkat tertinggi Wisma Komtar.

Dan selepas itu, kilang haram berkenaan muncul pada semua garis masa imej satelit bermula 2009 sehingga terbaru pada 2016.

Maka sekali lagi, terbukti tanpa ragu bahawa Lim Guan Eng berbohong. Tiada apa yang ikhlas mengenai beliau dan parti DAP.

Nasib rakyat hanyalah perkara remeh bagi DAP kerana ia tidak mendatangkan apa-apa manfaat kepada parti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");