Perak Hari Ini

Kita Bukan Hanya Fokus Pentadbiran-MB Perak

LUMUT:Menteri Besar, merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata konsep pengurusan kini tidak hanya berkisar kepada pentadbiran semata tetapi mempunyai dimensi politik yang lebih luas.

Katanya, semua kriteria pengurusan perlu diberi perhatian antaranya pengurusan persepsi, mengurus emosi dan mengurus ‘padang’ seperti yang ditegaskan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak merangkap Bendahari UMNO semasa berucap pada majlis Perasmian UMNO Bahagian Lumut di sini hari ini.

“Perak sendiri telah melaksanakan pendekatan tersebut di negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Salleh semasa berucap turut memuji corak pengurusan Badan Perhubungan UMNO Perak yang disifatkan mantap dan kelihatan bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Malah jelasnya, terdapat lapan kriteria yang perlu diberi perhatian iaitu, isu parti, imej, jentera parti, kepimpinan, medium sosial, dana,manifesto dan calon parti.

“Lapan kriteria itu menentukan parti mana yang bakal memenangi pilihan raya dan perlu diberikan perhatian,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");