Isu Panas

Kita Bukan Pengecut Tapi Kita Gentleman -Zambry

SERI MANJUNG: Pembangkang dilihat seolah-olah ketandusan idea apabila sengaja menuduh Kerajaan Negeri yang dipimpin Barisan Nasional sebagai ‘pengecut’ kerana hanya mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak dalam tempoh yang singkat.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, pembangkang seolah-olah lupa di mana mereka juga ada berbuat demikian ketika memerintah dahulu.

“Mereka ini tidak ada isu, dan seolah-olah lupa di mana, semasa mereka memerintah dahulu, mereka juga ada buat sidang DUN dalam tempoh masa yang singkat.”, katanya.

Tambah Zambry ia merupakan proses biasa yang berlaku di semua negeri seluruh negara, bagi memberi ‘ruang’ untuk DUN itu hidup dan mengelakkan ia terbubar dengan sendiri.

“Selepas perasmian dan perbahasan titah pembukaan dewan oleh Sultan, ada lagi satu ruang perbahasan yang biasanya kita buat lima ke enam hari, iaitu sesi perbahasan bajet.

“Dalam tempoh menuju ke persedian pembentangan dan sesi perbahasan bajet, DUN harus bersidang dalam tempoh enam bulan, jika tidak, ia akan terbubar dengan sendiri.

“Kalau kita lihat, Selangor juga buat demikian dalam sidang DUN mereka yang lalu kerana, itu memang amalanya,” ujar Zambry.

Tambah beliau, ini juga merupakan tindakan sengaja pihak pembangkang yang kononnya mahu menakut-nakutkan Barisan Nasional.

“Mereka sengaja timbulkan isu itu kerana kononnya nak buat kita takut, mana ada saya takut, dan semua serta mereka juga tahu yang kerajaan Barisan Nasional ini ‘gentleman’.

“Sebagai contoh, waktu saya sedang bercakap dalam dewan, saya tidak pernah menghalang mereka mencelah”, katanya.

Dalam pada itu Zambry menegaskan kembali yang  pembangkang yang dipimpin DAP gemar melakukan ‘bohong’, ‘benci’ dan ‘balun’, tanpa usul periksa.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kampung Datuk Seri Kamarudin dekat sini pada Jumaat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");