Membawang Hari Ini

Komitmen Kerja KL – Jakarta

PELAKON berbakat besar, Remy Ishak memberitahu Media Hiburan, dia terpaksa berulang alik dari Jakarta ke Kuala Lumpur atas komitmen kerja.

Remy, 35, kini berada di negara seberang itu dan hanya akan pulang Oktober depan kerana terlibat dengan penggambaran mini siri, DO[S]A.

“Macam hari ini (Khamis lepas), saya turun dari Jakarta dan kemudian terbang semula keesokannya dan jika ada komitmen kerja di sini, seperti mempromosikan filem, saya harus berulang alik.

“Tapi setakat ini sekiranya diperlukan untuk mempromosikan filem Kau Takdirku barulah saya turun.

Bagi memberikan komitmen terhadap DO[S]A, Remy sudah lima bulan tidak menerima sebarang tawaran lain tetapi pada masa sama filem Kau Takdirku akan menemui penonton di pawagam pada 7 September depan.

Bercerita lanjut mengenai penglibatannya dalam mini siri, DO[S]A, Remy berkata, dia sudah dimaklumkan lebih awal akan terlibat dengan drama berkenaan kerana watak Farid sememangnya dicipta untuknya.

“Memang saya agak teruja kerana dapat terlibat sama dalam mini siri ini kerana orang-orang di belakang tabir dari penulis skrip, pengarah, koreografer seni mempertahankan diri bukan calang-calang.

“Ia pengalaman baru untuk saya juga, walaupun sebelum ini saya pernah terlibat dengan projek Malaysia-Indonesia,” katanya dipetik dari laman portal Sinar Harian.

Tambah Remy, menerusi drama ini, dia berpeluang mempelajari silat bersama Cecep Arif Rahman yang dikenali menerusi filem Indonesia The Raid: Berandal.

“Biasalah bila belajar ilmu mempertahankan diri, mesti ada terkehel, terseliuh. Pada saya itu normal.

“Tapi yang paling saya risau kalau terpukul lawan dengan kuat. Sebab sudah ada terjadi walau tak teruk, tapi menjadikan saya lebih berhati-hati,” ujarnya.

Sementara itu, berkongsi mengenai filem terbaru lakonannya, Kau Takdirku, Remy berkata, dia teruja dan bersyukur kerana akhirnya filem tersebut ditayangkan selepas tiga tahun penggambarannya.

“Walaupun baru menemui penonton, ia masih sebuah karya yang relevan untuk ditayangkan.

“Dari segi kepuasan, itu adalah lakonan saya tiga tahun lalu, kalau ditanya kini, memang saya mahu buat lebih baik. Itulah had saya tiga tahun lalu yang dapat saya persembahkan. Saya harap filem itu akan menepati selera penonton,” akhirinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");