Membawang Hari Ini

Lagi ‘Kembar Baru’ Shah Rukh Khan

JIKA sebelum ini tular apabila seorang jurusolek terkenal Malaysia yang berjaya ‘mentransformasikan’ dirinya menjadi persis Shah Rukh Khan, kali ini seorang jejaka dari India memiliki wajah yang hampir sama dengan bintang filem Bollywood itu.

Haider Maqbool, 22, yang berasal dari Srinagar, Kashmir, India, mula tular beberapa hari lalu dan dikatakan ‘kembar’ Shah Rukh Khan.

Netizen mengakui banyak persamaan yang ada pada bentuk fizikal wajah Haider terutama bahagian hidung dan mata.

Malah, jejaka itu juga sering mengikut gaya rambut seperti bintang filem Kuch Kuch Hota Hai itu.

Walaupun tidak seratus peratus sama, kebanyakan sudut wajahnya yang dirakamkan menerusi lensa kamera diakui mirip Shah Rukh Khan.

Sekadar info, Haider kini sedang mengikuti pengajian di University of Kashmir.

Malah, menerusi kemaskininya di Instagram, Haider menyatakan impian untuk bertemu dengan pelakon kesayangan ramai itu.

Sebelum ini, beberapa individu sekitar India dan Pakistan antaranya Durgesh Goyal, Pammi Aunty (Ssumier Pasricha) dan Gem pernah dilaporkan memiliki rupa paras Shah Rukh Khan.

-ASTRO GEMPAK

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");