Sukan Hari Ini

Manchester United Idam Pemain Muda Dari Fulham

MANCHESTER United dilapor akan mendapatkan seorang pemain muda sebelum jendela pemindahan ditutup pada 31 Ogos.

Skuad kendalian Jose Mourinho ingin mendapatkan Ryan Sessegnon yang mula menyerlah bersama Fulham sepanjang musim lalu.

Pemain pertahanan berusia 17 tahun itu turut menjadi perhatian Tottenham dan Liverpool.

Menurut Sky Sports, United dijangka melakukan bidaan pada minit akhir sebelum jendela pemindahan pemain ditutup dan bersedia meminjamkan semula Sessegnon kepada Fulham.

Tottenham sebelum ini telah membuat bidaan bernilai £25 juta namun Fulham enggan melepaskan pemain berkenaan. – mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");