Sukan Hari Ini

MASOC Lancar Program Satu Pingat, Satu Pokok

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya dalam sejarah penganjuran Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN, Jawatankuasa Penganjur Malaysia (MASOC) menyemarakkan inisiatif hijau dengan melancarkan program Satu Pingat, Satu Pokok di Bandar Sukan Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

“Adalah menjadi harapan saya agar inisiatif hijau ini akan benar-benar meninggalkan kesan, bukan saja pada waktu terdekat ini tetapi untuk generasi di masa hadapan.

“Dari mula lagi, dari seawal pemilihan tema Bangkit Bersama, saya mahukan temasya sukan yang bukan saja boleh membangkitkan semangat penyatuan demi sukan tetapi juga untuk semua pihak berganding bahu demi kepentingan negara dan pemeliharaan atau pemulihan alam sekitar adalah salah satu dari perkara yang hanya akan berjaya dengan kesedaran dan komitmen dari semua pihak,” kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran program Satu Pingat, Satu Pokok di sini hari ini.

Khairy berkata, keseluruhan 5,249 pokok akan ditanam di bawah inisiatif ini iaitu jumlah medal yang akan dihadiahkan kepada setiap atlet sepanjang temasya kali ini.

“Tujuan kita menanam pokok secara besar-besaran di bawah inisiatif hijau adalah untuk mengimbangi karbon yang dilepaskan sepanjang temasya ini,” katanya.

Program Satu Pingat, Satu Pokok akan diadakan sebanyak empat fasa dengan majlis pelancaran hari ini adalah fasa pertama program ini.

Fasa kedua pula adalah pemberian anak pokok kepada pemenang ketika penyampaian hadiah pingat di podium berbanding penyampaian jambak bunga seperti kelazimannya.

Fasa ketiga pula akan diadakan selepas berakhirnya temasya iaitu acara menanam sebatang pokok bagi setiap pingat emas yang dimenangi atlet Malaysia dengan setiap pokok akan diletakkan nama atlet terbabit.

Sementara fasa terakhir membabitkan perancangan menanam pokok di beberapa kawasan di Perak, Kelantan dan Terengganu yang akan diadakan dari Oktober hingga Mac tahun depan.

 

-BH ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");