Perak Hari Ini

MB Perak Kesal Sekolah Rendah Asingkan Gelas Minuman Mengikut Kaum.

SERI MANJUNG: Menteri Besar Perak menempelak tindakan sebuah sekolah rendah di Hulu Langat yang didakwa mengasingkan gelas minuman bagi pelajar Islam dan bukan Islam.

Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata tindakan sebegitu sepatutnya tidak berlaku dalam sebuah negara yang hidup dalam masyarakat majmuk.

“Ia merupakan satu tindakan yang mengecewakan dan ianya sepatutnya tidak berlaku di negara kita yang mengamalkan kehidupan masyarakat harmoni dan berbilang kaum.

“Saya juga senada dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria di mana tindakan ini langsung tidak melambangkan ciri-ciri Islam yang sepatutnya membawa rahmat kepada semua ataupun, rahmatan lilalamin”, katanya kepada media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat Kampung Datuk Seri Kamarudin dekat sini pada Jumaat.

Hari ini Free Malaysia Today melaporkan sebuah sekolah di Selangor yang dikatakan mengasingkan gelas minuman untuk dispenser air mengikut agama yang bertanda ‘murid Islam’ dan ‘murid bukan Islam’. 

Media tersebut turut mendapatkan pandangan Harussani berkaitan isu ini.

Pada masa sama, Zambry juga berharap agar perkara sedemikian tidak berlaku di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");