Jenayah

Meninggal Dunia Dalam Ladang Kelapa Sawit

DUNGUN: Peneroka ditemui meninggal dunia dalam keadaan tertiarap di ladang kelapa sawit di FELDA Jerangau, di sini, semalam.

Mayat Zaliza Chik, 45, ditemui penduduk FELDA berkenaan yang kebetulan melalui kawasan ladang itu.

Isteri mangsa, Mazita Ismail, 39, berkata, dia terkejut selepas dimaklumkan suaminya itu ditemui di ladang berkenaan kerana menyangkakan Zaliza tidur di rumah rakannya kerana tidak dapat pulang berikutan hujan lebat.

Menurutnya, suaminya itu memaklumkan hendak bertemu rakannya dan keluar dari rumah kira-kira 5 petang semalam.

“Dia juga tinggal telefon bimbitnya di rumah dan saya mula risau selepas kira-kira 9 malam dia masih tidak balik.

“Kebetulan malam tadi hujan sangat lebat dan saya ingat dia menumpang tidur di rumah rakannya kerana tidak dapat balik,” katanya ketika ditemui di rumahnya di FELDA Jerangau.

Menurutnya, dia didatangi seorang penduduk kampung hari ini yang memaklumkan menemui jasad suaminya di dalam ladang terbabit.

“Saya bersama adik beradik terus bergegas ke ladang dan sangat terkejut melihat suami sudah tidak bernyawa,” katanya, lapor Harian Metro.

Mazita berkata, suaminya itu ada mengalami masalah jantung sebelum ini tetapi keadaannya kembali pulih selepas dibawa ke Klinik Kesihatan berhampiran.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan menerima laporan berkaitan dengan penemuan mayat lelaki berkenaan.

Menurutnya, jenazah sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");