Sukan Hari Ini

Neymar Catat Rekod Pemain Paling Mahal Dunia

NEYMAR mencatatkan rekod dunia menerusi perpindahannya dari kelab Barcelona, Sepanyol ke Paris Saint-Germain (PSG), Perancis pada musim panas ini, apabila menjadi pemain paling mahal.

Pemain kelahiran Brazil itu kini bernilai £198 juta (RM1.1 bilion).

Beliau akan menerima bayaran lebih £500,000 (RM2.81 juta) seminggu bagi pendapatannya sahaja di Paris, selain tambahan kepada pengiklanan dan penajaan.

Terdahulu, Neymar telah bersetuju dengan perjanjian selama lima tahun untuk bersama PSG dan akan tiba di Paris pada Jumaat.

Neymar menyertai lima rakan sepasukan antarabangsa Brazil di PSG, termasuk Dani Alves dan Thiago Silva. – Mail Online/mStar Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");