Perak Hari Ini

Operasi Kempen Dan Kawalan Rabies Berterusan

IPOH:Operasi kempen kesedaran tentang penyakit Rabies dan kawalannya telah dijalankan dari rumah ke rumah keseluruhan melibatkan 4,563 orang pemilik haiwan di Kuala Sepetang.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Perak, Dr Fuziah Muhayat menerusi satu kenyataan setakat laporan 1 Ogos, operasi bancian dan survelan telah selesai dijalankan dalam 10 kilometer radius dari lokasi kes jangkitan rabies.

“Keseluruhan populasi haiwan sebanyak 2534 ekor (bilangan anjing sebanyak 727 ekor dan kucing sebanyak 1807 ekor) dengan jumlah pemilik seramai 928 orang.

“Manakala operasi pemvaksinan telah selesai dilakukan dalam 1 kilometer dari lokasi kes jangkitan Rabies,” katanya.

Tambahnya lagi, jumlah keseluruhan yang telah divaksin adalah sebanyak 369 ekor haiwan (127 ekor anjing dan 242 kucing) dengan jumlah pemilik sebanyak 108 orang.

Manakala pemusnahan untuk persampelan melibatkan sebanyak 110 ekor anjing terbiar (stray dog).

Katanya lagi, sebanyak 41 sampel kepala anjing telah diambil dan dihantar ke VRI Ipoh untuk pengesanan penyakit Rabies.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");